Mama cerita pasal kawan Mama semalam. Perempuan. Seorang guru. Seorang ibu. Seorang isteri. She died at the age of 38 last Thursday’s night. She died soon after giving birth. Her 4th child. Mama cakap arwah tumpah darah. I didn’t really have the idea what tumpah darah is. Macam ‘tanah tumpahnya darah ku’ ke?
Mama cakap tumpah darah tu discharge of high amount of blood from the vagina after giving birth. Arwah tumpah darah satu baldi. Satu baldi. Lepas bersalin. Sebab bersalin je jadi macam tu. Tak normal. Memang tak normal. Mama kata proses bersalin yang arwah kena face tu susah. Kena guna vacuum. Anak keempat. Selepas 11 tahun tak bersalin. Logik lah susah.Logik.
Sedih dengar. Sedih sangat. Anak arwah selamat, Alhamdulillah. Tapi arwah?
Arwah meninggal hari Khamis malam Jumaat. Pada hari ulang tahun perkahwinan arwah dengan suami. Suami arwah pulak baru dapat letter pindah ke Selangor balik dari Johor. Besarnya ujian si suami kena face.
Sekarang newborn baby tu demam. Sakit sikit. Ni ujian Allah untuk baby tu. Baby tu tak faham lagi. Or the baby has already knew that he no longer has a Ma. Perhaps.
Kasihah keluarga arwah. Kasihan newborn tu. Kasihan anak-anak arwah. Kasihan arwah.
Newborn baby yang semestinya comel tu,Ingat tau Mama kamu kat sana tau, even though kamu tak dapat tengok arwah. Ingat tau. Ingat tau jasa Mama kamu tau. Mama kamu selamatkan kamu. Nanti dah besar, buat Mama kamu bangga, tau? Buat Papa kamu bangga jugak, tau. Your Mama sacrificed a lot. Mama kamu gundah gulana sebelum bersalin. Mama kamu takut sebab dah lama tak bersalin. Tapi Mama kamu kuat. She had faith. Bukan senang tau nak kuat. Nanti, doakan Mama kamu tau. Mama kamu pergi dulu bukan sebab Mama kamu tak sayang kamu, tapi sebab Allah sayang Mama kamu. Macam Mama kamu sayang kamu. Sebab tu la Mama kamu nak kamu hidup. Then become a man. Useful man.
Besar tu jasa seorang Mama. Arwah dengan Mama. Dua dua tu Mak. Cerita Mama ni buat saya sedar, bukan senang nak jadi Mama. Bukan senang nak raise anak. Bukan senang nak ajar anak. Semua tak senang. Terima kasih Ma.
Mama cerita benda ni time saya teman Mama beli barang nak bawak pegi Cameron Highland. Mama pegi Cameron Highland dengan students and kawan Mama. Naik bas. Berat hati saya nak galakkan Mama pegi, salam and bye bye Mama tepi pintu. Bukan tak sedap hati. Tapi berat hati. Saya prefer mama drive, mama drive cool gila, unlike some bus drivers out there.
Hope Mama sampai sana and balik sini safely tau. Along doakan Mama. Take care ye Ma. Along sayang Mama. Along janji nak jadi anak yang baik. And I’ll never stop trying. Terima kasih Ma for every single thing, terima kasih ma.
Thank you so much Ma. I love you.
Al Fatihah; untuk arwah.
P/s: Mama selamat sampai Cameron Highland pukul 2++ pm tadi. Alhamdulillah (': Biar selamat sampai rumah pulak tau Ma!
Pray, have faith