Hello semua. Kalau nak tahu, saya tengah nak exam ni. Oh, esok lah saya exam, first paper which is Biology. Ye, esok, Friday, Jumaat, 25/2/2011. Bukan next week ye, tapi esok. Ye. Paper Biology 2 jam. Dalam tempoh 2 jam tu juga saya akan berfikir dan berfikir, seterusnya menulis jawapan (kalau tahu) dengan pencil, eh, dah besar, pakai pen, ehem. Dalam tempoh tu juga lah saya akan ternganga, melanguk, ingat balik the slides yang saya dah baca dengan harapan boleh ingat semua. Tak ke buruk rupa bila melanguk saja -____-" Kalau ngantuk, bagaimana lah ye? Ye, bawak air mineral Spritzer dan Ribena Strawberry.
Saya tak sabar tunggu hari Selasa, di mana exam telah habis dengan jayanya (hope so)
Lepas tu saya cuti lambat gila. Budak sekolah cuti lagi awal, habis exam terus cuti, hmmph. Tapi saya? Kenapa lepas exam tak boleh terus balik bermalasan di rumah dan menonton Tv?! Kenapa?! Haih, universiti universiti -____-"
Saya rasa cukup lah sampai sini. Saya kena banyak diam untuk mengingati semua perkara penting especially Biology and some fomulae. Saya tension minggu ni. Saya penat. Saya tak cukup tidur, saya tidur 2-3 jam je, which is from 4-6 am or 6-8 am. Penatnyaaaaaaa. Saya rindu katil saya kat rumah. Kalau ada, mesti saya tidur for 48 hours. Tapi niii T_T Saya tension sangat sangat. Kesian Si Botak saya, kena penangan tension saya. Kesian you kan Azim? Kena marah dengan I eh? Kesian kan you kan kan. Tolong lah faham ya Azim T_T saya nak exam elok elok ni, results bagus, biar boleh pergi Singapore, kerja tinggi tinggi, banyak duit ngehehehe. Tolong faham ya, jangan merajuk. Biasalah, bila tension, saya akan jadi kerek sikit, alaa sama macam time saya tengah menstruasi tu laah, hesh. Tolong ya? Thanks, nanti kita makan Asam Laksa Old Town yang awak belanja ye? Oh allergic kan? Takpe, saya boleh habiskan sorang sorang :D
Okay, ini serious cukup sampai sini. Saya nak sambung study. 4 down, 2 to go. Circulatory system, you're next!
Bye bye semua. Take care and jangan lupa doakan saya agar berjaya! Oh lupa, saya ni Batmanm sebab tak tidur kan hehehe. Batman ada mask, tapi saya, ada eyebags je, pun boleeeeh T_T