Wednesday, June 30, 2010

Nama lu Bedah, taknak kawan sudah

Hello, saya Nadya dan saya 18.Saya tengah cuti sem break ni dan saya nak type panjang panjang since dah lama dah tak type panjang panjang pastu tekan Save Now pastu lewat malam baru trkedek-kedek nak tekan Publish Post.Takpelah, saya ni pemalas dan saya tahu.Okay bye.

I admit, that I'm being a little bit choosy in choosing friends.Tipulah siapa tak.Parents pun kan selalu pesan, "kena pandai pilih kawan, kalau tak bla bla bla..." Kau pernah terfikir tak kawan apa yang kau pilih? Kau pernah terfikir tak kawan apa yang kau nak kawan? And kau pernah terfikir tak kau tu layak ke tak nak dipanggil kawan? Entri ni bukan lah bertujuan untuk menyatakan rasa dukacita towards Kamal, Dot, Bai, Lisal, Syiqin and Mimi, naaaah, kami tiada masalah, cool je :'D Pernah dengar tak, "nak kawan dengan orang tu, go with the flow" Maksudnye bukan lah nak tiru semua yang dibuat, bukan lah nak jadi copycat sampai undies apa yang dia beli pun kau nak beli.Nah, bukan.It means that, if you want to be a friend, accept your friends as what they are.Tapi bukan lah 100%.Kalau ada benda tahi dia buat, tegur lah.Nak baik sangat sampai apa yang dia buat kau cool je lepas tu angguk angguk macam apa, no, tidak perlu.

Berbalik kepada ayat di atas, ye, aku kalau nak kawan, aku memilih.Bukan kawan sebab orang tu kaya, bukan sebab orang tu hotsetap ke apa, tapi sebab mentaliti dia, sebab my acceptance towards them.Kau kena tahu, aku tak kawan dengan orang yang

1. Hipokeghet, hipokrit leh
Gaaaaaaah.Asal ah? Depan orang, baik, pijak semut pun tak mati, belakang, fitnah bagai nak rak punya.Tak suka ah.Sebab nanti aku pun ter-hipokrit sekali :P Dah kalau dia baik, baik lah dengan dia, kalau dia busuk, busuk ah dengan dia, ha macam mana? Kalau setakat nak cakap aku gedik ke apa, marilah, cakap depan, at least adalah changes, macam kau takkan nampak aku ke apa dah nanti.Ni, bagitahu kawan aku, kau rasa rasa lah kan, apa dia fikir? Mestilah macam, "duh, apa kau ni, salah orang ah dia ni" Kan? Think twice.Baik cakap dengan tuan empunya badan, or cakap dengan kawan tuan empunya badan lepas tu nama kau pun busuk sebab orang pun fikir lain pastu cerita kat orang.Orang yang kena fitnah tu, dapat pahala free, memang patut lah berterima kasih kat kau.Happy kan macam tu? :D

2. Pijak kepala macam Thaqifah pijak lipas
Macam ni.Kau baik dengan dia, dia pun layan kau baik, memanglah, sampai kau pinjam 10 sen pun tak kisah.Tapi cuba kalau dia baik gila and kau pun pijak kepala lepas tu menyusahkan dia? Try lah, try kau kena, baru kau tahu sakit perit gembira ke apa bila kepala dipijak.Kalau dah pijak kepala, tak sah lah tak menyusahkan orang lain kan? Kalau setakat mintak kismis or Mentos kat class, tak kisah lah.Tapi ni sampai susu yang memang wajib aku minum tiap pagi, shampoo yang aku pakai selang sehari kau guna without permission, memang parah lah.Pastu nak ter-ooops 'sorry dah terpakai' dengan aku, memang hek lu lah.Mak aku tak ajar usik barang orang, unless kau let the person know.Honestly, kalau kau mintak, aku kasi, since I dont mind sharing things.Tapi jangan mencuri.Apa? Pernah dengar tak if ambik something without permission, it is the same as mencuri? Pernah dengar tak? Kalau tak pernah, kau tipu.Kau baik dengan dia, buat harta dia macam kau punya, pergi mana mana nak berkepit saja, lepas tu kau take advantage.Kawan ah macam tu kau panggil? Again, think.Nasib baik kau tak pernah terfikir nak pinjam bra kan, kalau tak, macam mana lah nanti -______-" Semua benda kat bahu aku, bahu kau macam mana?

3. Nak orang respect dia, tapi dia tak respect orang
Aku pantang kalau disrespect, tak kisah lah berapa umur kau.Aku pantang.Biarlah sebaya, lagi muda or lagi tua, hormatlah.Sebab kita kan manusia, kenalah saling hormat.Even dengan binatang and plants pun kita kena hormat, sebab pencipta kita sama.Ni tak.Apa yang orang lain buat, semua salah kat mata kau.Kau kata menyusahkan lah, tak patut lah, apa lah.Tapi kalau kau buat benda yang sama, hak privacy orang pun kau tak respect, macam mana lah orang nak respect kau? Pernah fikir tak? Kau nak orang respect kau, tapi almost everyday kau tunjuk middle finger kau dekat orang which aku tak tahulah dengan sedar or tanpa sedar.Tapi apa orang tu fikir? Eventhough kau fikir kau main main, tapi orang tu, sama dengan kau? Fikir kau main main jugak? Nah, rambut sama hitam, hati lain lain, kau kena ingat tu, tau.

4. Judge a book by its cover.
Means that kau tak kenal orang tu lagi, kau dah fikir buruk.Prejudis.Kalau kawan aku yang kau mengata, silap lah.Memang kau tempah kaki size 8.Bukan apa, kenapa kau rasa necessary to mengata orang tu, or judge orang tu, padahal tak kenal pun? Unless, kau pernah kenal dia macam mana dulu, and kau ada case dengan dia, okay itu aku terima.Tapi kalau kau just berjumpa baru 3 hari sebab sama class, kau fikir, kau kenal sangat ah? Buat pengetahuan kau, kalau kau berperangai macam tu, kau buat aku fikir yang kau nak kenal dia lebih, kau nak rapat ngedeng-ngedeng dengan dia, tapi kau ego.Kat mata kau, dia jahat sebab cara dia.Tapi kat mata aku, dia terbaik.Tu lah, kalau kau kenal dia, mesti kau jaga dia betul betul so that kau tak termiss kawan macam dia.Tapi kau, hmmph, macam tu lah, kau nampak dia jahat, sebab kau tengok outside, tak tengok what's inside.Bila jumpa orang, kenal dulu baru judge.Jangan setakat tahu nama and tinggal kat mana, terus nak judge.Kalah Paul Moss dengan Simon Cowell you, aaawwh!

5. Tak pernah nak accept kawan kau tu macam mana
Sikit sikit, nak condemn, sikit sikit nak kritik.Sebab kau fikir kau perfectionist and you are looking for perfection, memanglah 24/7 nak condemn, aku tahu tu.But, bukan ke semua orang ada weakness and habit dia sendiri? Even kau pun ada kan? Gigit kuku keeee, makan gelojoh sambil cakap keee, selang 3 minutes lepas tu tengok cermin keee, kan? Semua ada.For me, if you dont accept the people surround you, it means that you know nothing about them, and you are not meant to be friend with them.Macam takde jodoh lah, alahai.Dah kata kawan kau, accept jelah.Tapi kalau dah sampai dia bawak masuk jantan dalam bilik and kau diam je, memang tak patutlah.Tak pun cawan dia dah tumbuh spora lepas tu kau buat muka jijik tapi dia tak tahu, apa lah tu.Yang tu memang lah kena tegur.But if minor things, duh, MINOR tahu MINOR like dia tak sikat rambut pun kau taknak kawan, baik takyah.Pergilah cari kawan kat tadika tu, budak budak situ ramai yang parents diorang sikatkan rambut, mesti kau suka kan?

6. Mengharapkan orang treat kau nice, tapi kau?
Kau nak orang ajak kau keluar makan.Kau nak orang belikan kau food and nice things macam Big Apple or Chocolate Indulgence kat Secret Recipe (grr, nak!).Kau nak orang call kau, mengharapkan dia tanya khabar kau, nyanyi untuk kau, share problems ke apa.Tapi kau? Kau pernah buat? Pernah tak? Kalau tak pernah, jangan berharap lah semua benda macam tu kau dapat.Kalau kau layan orang macam layan dia sebagai orang, ye, kau deserve dapat nice things, tapi kalau kau layan dia macam sampah? Kau deserve tak dapat nice treatment agak agak? Kau nak semua orang sayang kau, semua orang pergi kat kau, tapi kau layan macam sampah, duh, siapa nak macam tu? Alahai.Sincerity takde, memang kau deserve kena pulau lah.

7. Low gila nak mampus self esteem
Or senang kata, tiada self esteem.Kalau 3 kali, aku terima lagi.Kalau dah hari hari nak down, aku payah.Ye, memang lah kawan tolong kasi semangat etc etc, tapi kalau hari hari, siapa pulak nak kasi dia semangat kalau dia down? Dah kau down, dia down, sama sama lah going down.Aku faham, tak pernah susah dari kecik kan? Memang macam tu lah perangai dia.Bila tak pernah down, semua benda yang kau face, kau harap kau nampak rainbow.Tapi tu lah, bukannye 24/7 365 days ada rainbow.Hujan, panas semua ada.Susah tau kalau kau tak pernah susah since you were young.Sebab nanti bila besar, lagi great challenges kau kena face.Tapi kalau benda kecik pun kau tak boleh nak handle, mimpi lah kau boleh survive bila kau besar nanti, serious.Aku bab memujuk, tak reti.Tapi bab listening and kasi kau semangat sikit ni, bolehlah, still tak boleh nak lawan Oprah or Fadzilah Kamsah.But as a buddy, I try.Kalau sekali dua, and tak selalu, normal lah, semua orang ada problems and jerk things.Tapi kalau kau dah tak boleh nak accept what has happened and rasa down gila babi sampai taknak face the truth and society, haih, tak boleh lah macam tu.Kau ada life and kau kena live.Kalau kau nak down or emo sehari, fine, since SOMETIMES aku macam tu, tapi selalu nya berapa jam je.Ni, kalau dah tahap hampir seminggu kau down and cry over the same thing, memang penat lah.Orang dah tak larat dah nak tegur kau, pastu biarkan kau bagai layang-layang terputus tali and sedih sorang sorang.Nak macam tu? Aku tak boleh tengok, aku kesian.Psst, aku kalau orang sorang sorang ni, aku tak boleh, mesti rasa nak pergi tegur.Tapi kalau dah perangai busuk, memang bye ah aku ucapkan.

8. Dont know how to be thankful
Maksud aku, takyah lah sampai nak buat sujud syukur everyday kalau dapat benda best.Tapi kalau nak buat, bagus jugak.Kalau nak expect cakap Alhamdullilah everytime dapat benda baik, memang erk, aku pun lalai lah.But at least, takyah lah sampai apa yang orang dapat, kau dengki habis, lepas tu kau pun merengek nak jugak.Apa yang orang lain ada, semua kau nak make sure kau ada..Kalau orang pakai handbag Paris Hilton, kau sanggup diet tak makan nak kumpul duit and beli.Okay tu memang aku respect sebab effort kau, tapi kalau dah dapat beli pastu tayang and show off kat orang lain, agak agak kekal tak respect aku towards kau? Tak kan? Ingat lah, tak semua benda yang orang ada, kau ada and tak semua benda yang kau ada, orang tu ada.Bila benda tu kau tak own, rasa iri hati kau tu memuncak pastu pergilah buat benda tak patut, and buat lah benda annoying so that you'll get it.Memang erk lah.Kalau ada competition yang sihat, aku tak kisah.Tapi nih, hek eleh, setakat nak laki, ambik lah weh, aku taknak pun.Takpe lah, aku faham, kau tak dapat but kau nak and kau try.But HAHAH weh, annoying gila tahu tak.Kalau aku sorang je perasan, takpe lah.Tapi kalau ramai yang perasan lepas tu talk about the same thing which is about you, memang malu dalam diam lah kau masa tu.

9. Jual ikan, I mean, selfish
Okay yang ni aku takyah explain kenapa sebab memang takde orang yang suka orang yang selfish.Fikir dunia ni kau yang punya, aku doa lah kau sedar cepat yang kau ada orang surround kau and kau tak boleh nak fikir puaskan hati kau je.Hati kau, nak kena jaga.Hati orang lain tak perlu lah? Macam tu? Salah tu.Kau buat something, without thinking about others, aku fikir kau pathetic.Macam kau takde orang yang kau sayang sebab takde orang sayang kau.Faham tak? Sometimes yelah, kena jadi selfish, SOMETIMES.But if in everything you want to be selfish, you better err die lah, tak payah dah nak kisah pasal orang nanti kan? Selfish selfish kau, kau takkan kemana.Serious.Kau nak kau dapat the goodness, and orang lain takyah dapat pun takpe.Takpun, orang lain biar jelah suffer.Apa macam tu tu? Haih, fikir balik, okay?

I'm grateful somehow.Tuhan buat aku jumpa orang macam ni, at least aku boleh face nanti benda macam ni.We live in a society, and orang macam macam, takpe, normal.And terima kasih banyak kat tuhan, aku ada orang yang boleh buat kawan, hodoh or hot macam mana pun, miskin or kaya macam mana pun, terima kasih (':

I write, I write with my heart